menu
HYDRANGEA VILLA Homestay Murah di Penang
HYDRANGEA VILLA Homestay Murah di Penang
Hydrangea Villa Homestay terletak di tengah-tengah Bandar Perda, Bukit Mertajam Pulau Pinang yang merupakan sebuah Bandar yang sedang pesat membangun dengan pelbagai infrastruktur dan kemudahan. Homestay ini merupakan sebuah kediaman teres dua tingkat “corner lot” yang mempunyai halaman yang sangat luas.

Hydrangea Villa Homestay dilengkapi 3 BILIK + 3 BILIK AIR, Ruang Tamu yang LUAS dan 2 DAPUR ( Kering & Basah).

MASTER BEDROOM dilengkapi katil “Queen” , bilik mandi peribadi dan sebuah balkoni peribadi. Bilik utama ini sangat luas dan boleh menempatkan ramai orang, sesuatu yang sentiasa dicari oleh mereka yang berkeluarga besar atau rakan-rakan yang ramai.